Wednesday, April 20, 2011

Tugasan 1



1.   1. Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam segala aspek lisan dan tulisan. Di mana sahaja, bahasa merupakan alat perantara bagi kita. Peraturan diwujudkan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesejnya dengan lebih tepat dan menimbulkan makna kepada pembaca. Oleh itu, dalam aspek tulisan aspek penggunaan bahasa yang teratur dengan memahami setiap aspek peraturan bahasa adalah sangat penting



Dengan memahami peraturan berbahasa dalam menulis dapat mengelakkan kesalahan umum tatabahasa. Dapat mengerti apa saja yang harus kita lakukan bila kita menemukan suatu petunjuk. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya kesalahfahaman dalm menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

contoh:  
Kesalahan penulisan preposisi "di"
kesilapan "di" yang ditulis sebagai "disebelah"

2. Kesilapan penulisan imbuhan "-di"

afiks "-di" merupakan afiks yang berfungsi sebagai penanda ayat pasif. Afiks ini perlu dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk ayat pasif. Lihat contoh di bawah:
"buku itu dibaca oleh Ahmad"

Ayat di atas menunjukkan penulisan "di" sebagai afiks yang tepat. Afiks "di" dieja bercantum dengan kata kerja "baca" untuk membentuk kata kerja pasif "dibaca". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:

kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di-larang" dan "di-hadapan"


kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di larang"



2.
Perlukah semua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan bahasa kerana setiap penulisan boleh mempengaruhi idea-idea pembaca untuk menghasilkan sesebuah penulisan. Kerana penggunaan bahasa yang tidak tepat akan menyebabkan kita semua lupa tentang kepentingan penggunaan bahasa. Begitu juga dengan penulisan kreatif hendaknya penulis harus menggunakan susunan bahasa yang baik dan mudah dipahami oleh pembaca, sehingga pembaca mengerti apa mesej yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca.


3. 3. Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?
Sebahagian penulisan kini masih menggunakan dan mematuhi aturan berbahasa. Kita bisa melihat penulisan-penulisan yang masih mengikuti aturan bahasa seperti kertas kerja yang hendak dibuat, thesis, dan buku-buku novel yang telah diterbitkan. Tetapi ada juga sebahagian penulisan yang tidak mematuhi aturan berbahasa, sehingga dia menciptakan suatu penulisan dengan gayanya tersendiri, seperti tidak mau dikekang oleh peraturan bahasa yang berlaku kini. Penulisan ini juga dapat dimengerti oleh kalangan-kalangan tertentu, sehingga tidak semua pembaca akan tahu maksud dari penulisan ini.

1 comment:

  1. setiap apa yang kita lakukan mesti mempunyai peraturan. tanpa peraturan, kehidupan manusia mungkin akan kelam-kabut. begitu juga halnya dengan penulisan yang mempunyai peraturan yang perlu diikuti oleh penulis.

    ReplyDelete